Monday 15 April 2013

Universiti Utara Malaysia Lancar Tabung Untuk Wira Negara, Inspektor Zulkifli Mamat

UUM ONLINE – Universiti Utara Malaysia (UUM) melancarkan Tabung bagi membantu keluarga Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat yang terkorban dalam insiden pertempuran di Lahad Datu Sabah baru-baru ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mendahului majlis kutipan itu diikuti dengan Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak.

Dr. Mohamed Mustafa yang ditemui berkata, pihak Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga kerja serta mahasiswa universiti merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabarudin Daud yang terkorban dalam insiden pertempuran di Lahad Datu Sabah itu.

Katanya, Arwah Inspektor Zulkifli Mamat, 30 yang terkorban dalam tragedi serangan Berdarah oleh kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu Sabah itu merupakan pelajar Program Sarjana Muda Komunikasi dengan kepujian [B.Comm (Hons)] secara mode Pengajian Jarak Jauh (PJJ) di Pusat Pengajian PJJ UUM , Kota Bharu Kelantan.

Zulkifli Mamat yang bernombor matrik 63234 berasal dari Besut ,Terangganu memulakan pengajian di Universiti ini pada Semester Pertama Sesi 2004/2005 secara mode penuh masa tetapi menukar mod pengajian secara Jarak jauh pada Semester April Sesi 2010/2011 selepas mendapat tawaran berkhidmat sebagai Polis DiRaja Malaysia.

Sepanjang pengajian beliau, Allahyarham telah menunjukan pencapaian akademik yang amat baik dan dijangka menamatkan pengajian semester ini dan akan dianugerahkan Ijazah dalam Majlis Konvokesyen Oktober depan.

Semasa pengajian beliau di UUM , Allahyarham

Zulkifli juga sangat aktif dalam kegiatan kokurikulum dan telah melibatkan diri dalam Kor Sukaralewan Polis Siswa/siswa (SUKSIS) di Universiti ini sejak tahun 2004 hingga 2006.

Allahyarham meninggalkan seorang balu iaitu Noraziah Nor dan dua cahayamata.

Seluruh warga UUM menyatakan perasaan yang amat sedih atas kematian dua anggota Komando VAT 69 ini dan mendoakan semoga roh Allahyarham berdua dicucuri rahmat dan dihimpunkan dalam golongan orang yang beramal soleh.

“Sebagai menyatakan simpati kami dan warga UUM kepada keluarga pelajar kami ini maka UUM melancarkan Tabung Allahyarham Zulkifli Mamat - Perwira Negara pada malam tadi, “ ujar beliau ketika ditemui di majlis pelancaran Perasmian SUKUUM, penyampaian Baucar Buku 1Malaysia dan IM4U Outreach Centre UUM.

0 comments :

Post a Comment




Pusat Kokurikulum UUM