Bersama Kelab Fotografi UUM

Menjengah aktiviti pelajar.

Bersama persatuan pelajar

Aktivis belia yang sentiasa bersama mahasiswa

Menyantuni masyarakat desa

Tidak kekok untuk bersama masyarakat dan menyantuni denyut nadi masyarakat.

Anuar Che Mey@Ismail

Aktivis muda dan profesional

CALON BARISAN NASIONAL P015 SUNGAI PETANI

Undilah Calon Barisan Nasional P015 Sungai Petani, Syamsul Anuar Ismail,Suara Generasi Baru...Khidmat Untuk Semua

Sunday 5 May 2013

Undi Awal P015 Sungai Petani

Info Tidak Rasmi Saluran 3 BN - 40, PKR - 3, Bebas - 0, KITA - 0 Saluran 4 BN - 99, PKR - 4, Undi Ragu - 2, Bebas - 1, KITA - 0

Friday 3 May 2013

Jerayawara Kampung Pinang Tunggal

Thursday 2 May 2013

Warkah Suara Hati Syamsul kepada Pengundi Sungai Petani


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam 1Malaysia.

Kepada semua warga P015 Sungai Petani yang dikasihi dan dihormati,

Dengan kehendak dan izin ALLAH swt, saya telah dipilih sebagai calon Barisan Nasional bagi P015 Sungai Petani untuk bersama-sama dalam Pasukan Transformasi Dato' Sri Mohd Najib Tun Abd. Razak bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.

Daripada 222 kerusi Parlimen, seramai 18 orang calon baharu BN yang berusia di bawah 40 tahun. Saya adalah salah seorang yang telah terpilih bagi mewakili suara generasi baharu yang merupakan 42% pengundi muda daripada 13.3 juta pengundi di seluruh Negara.


Sebagai anak jati Sungai Petani, saya mengenali dan memahami suara hati serta denyut nadi warga kawasan parlimen ini. Saya ingin melihat Rakyat Sungai Petani menikmati kehidupan yang lebih baik dalam masa 5 tahun akan datang.

Kerjaya sebagai ahli akademik dan pemimpin belia sebelum ini membolehkan saya bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat dalam kehidupan seharian.

Saya percaya latarbelakang peribadi dan kerjaya saya sebelum ini dapat dijadikan sandaran dalam melaksanakan tugas sebagai Ahli Parlimen Sungai Petani jika diberi mandat kelak.

Pembangunan Sungai Petani berkembang pesat dari tahun 1999 sehingga tahun 2007. Perkembangan pesat ini terbantut seketika apabila berlakunya pertukaran kepimpinan di Sungai Petani dan Negeri Kedah pada Pilihanraya Umum yang lalu. Saya percaya kita semua tidak mahu pembangunan Sungai Petani ketinggalan lagi untuk 5 tahun akan datang.


Sehubungan itu, saya telah mengariskan beberapa rancangan yang saya bertekad untuk diperjuangkan dan dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Barisan Nasional seperti berikut:

I. Menubuhkan Majlis Pemuafakatan Sungai Petani yang akan dianggotai pemimpin dari pelbagai lapisan masyarakat agar semua masalah rakyat dapat disatukan untuk diselesaikan.
II. Membina Maktab Rendah Sains Mara (Ulul Albab)
III. Menubuhkan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
IV. Memperbaiki sistem kutipan sampah
V. Menaik taraf sistem perparitan di taman-taman perumahan
VI. Melupuskan bayaran lesen penjaja dan peniaga kecil
VII. Membangunkan taman rekreasi baharu seperti Sungai Muda Waterfront sebagai pemangkin sumber ekonomi baharu di Sungai Petani


Saya yakin dengan kemampuan dan pengalaman Barisan Nasional, program-program Transformasi yang menjadi agenda besar Dato' Sri Mohd Najib Tun Abd. Razak serta dengan sokongan dan kepercayaan daripada rakyat Sungai Petani, dan tentunya juga dengan izin ALLAH swt, semua yang dirancang itu akan dapat dilaksanakan dan Sungai Petani akan berdiri sebagai salah sebuah kawasan Parlimen yang maju di Malaysia.

Kepada semua pengundi di kawasan Parlimen Sungai Petani yang bijaksana, saya memohon dengan penuh keikhlasan supaya memberikan peluang kepada saya untuk mencurahkan bakti. Saya tidak minta supaya dipilih menjadi tuan, tetapi pilihlah saya untuk menjadi sahabat dalam perjuangan untuk mencapai satu matlamat, menjadikan Sungai Petani lebih maju dan makmur.

Sekian, selamat mengundi dan selamat membuat pilihan.
Terima kasih.

SUARA GENERASI BARU, KHIDMAT UNTUK SEMUA. 

Ikhlas daripada
Syamsul Anuar Ismail
Calon Barisan Nasional P015 Sungai Petani.

Penerimaan Masyarakat China



Perkembangan postif terhadap penerimaan masyarakat Cina terhadap Barisan Nasional (BN) semakin meningkat. Hal Ini menambah lagi kekuatan Barisan Nasional untuk meraih kemenangan dalam Pilihan raya Ke-13 (PRU13) di Sungai Petani Kedah. Kepercayaan kepada kepimpinan Yang Amat Berhormat  Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia terhadap perkembangan dalam ekonomi telah menarik semula perhatian oleh golongan tersebut. Mereka juga berharap agar kesungguhan terhadap pembangunan ekonomi Negara akan berterusan sekiranya BN diberi mandat untuk memrintah Negara selepas PRU13 nanti.

Urusetia Media
P015 Parlimen Sungai Petani


Wednesday 1 May 2013

Warga Emas Tetap Di Hati


Persoalan Daripada Anak Kecil




Pengalaman hari ini memang tak dapat dilupakan. Melihat gelagat anak-anak kecil ini mengelilingi saya, sambil berkata

“Pak Cik saya nak juga”
“Pak Cik kenapa datang sini?”

Ada juga yang sempat  bertanya

“ Kenapa muka Pak Cik ada kat kertas ni?”

Saya hanya mampu membalas dengan kata-kata ini untuk mereka.

“Sebab Pak Cik sayang anak-anak semua. Tugas Pak Cik besar nak, Pak Cik kena bela anak-anak jadi bijak bestari dan Pak Cik tak nak hidup anak-anak susah. Jadi Pak Cik kena datang jumpa ayah mak dan anak-anak semua” 

Syamsul Anuar Ismail
Calon P015 Parlimen Sungai Petani









Ini Juga Memerlukan Pembelaan Oleh Pemimpin


Sempat menziarahi beberapa orang pesakit yang amat memilukan hati sesiapa saja yang melihatnya. Janji saya akan sentiasa membantu dan menyokong golongan seperti ini untuk mendapatkan hak sewajarnya. Saya berada di landasan yang betul, yakni Barisan Nasional sentiasa prihatin terhadap semua golongan. 


Kak Rodziah  Ahmad isteri kepada Abang Salleh Moh Zain
Kampung Pulau Sepom



Khairul Anuar Mohd Noor
Taman Sri Pekula Fasa 2


Haji Mat Isa Osman 
Serangan Angin Ahmar

Ahmad Shariff
Pengerusi JKKKP dan Ketua Cawangan Kg pulau Sepom 

Jom Kenali Calon Kita P015 Parlimen Sungai Petani

Urusetia Media P015 Parlimen Sungai Petani

Sunday 28 April 2013

Nanyang Shang Pao - 26 April 2013


Sin Chew - 26 April 2013







Ayuh Kita Bersatu menikmati kemakmuran Bersama

Toleransi antara kaum dan penerimaan terhadap perbezaan budaya dan kepercayaan merupakan aspek penting bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang bersatu  . Apa yang penting, kita semua haruslah sentiasa bersatu dan memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional bagi mentadbir Negara. 

BN Sentiasa Di Hati
Diri Akan Terus Berbakti !!!

Syamsul Anuar Ismail
Calon P015 Parlimen Sungai Petani


Pantun Riang Ria, Pilihan Raya SP


Ikan keli bermain di kali
Bermain di kali di bawah titi
BN Hadir untuk berbakti
Sungai Petani megah tetap dihati

Berlari riang si anak Kedidi
Datang si Rusa bersama Sapi
Calon Muda Hadir Menawar diri
Untuk kemajuan rakyat SP

Bangun pahlawan sebagai Saksi
Berjuang Untuk keamanan Pertiwi
MRSM ditawar membangun generasi
Untuk  dunia dan juga akrawi

Datang Pemuda untuk penyeri
Bagi memikat aduhai si puteri
Rungsing kecewa, kemelut diri
Syamsul Penyelesai  terus bakti.

Urusetia Media
P015 Parlimen Sungai Petani


Saturday 27 April 2013

Mandat Yang Diberikan Akan Terus Saya Perjuangkan.

28 April 2013 - Janji-janji saya ini bukanlah satu bicara kosong untuk rakyat Sungai Petani, tetapi janji ini dibentuk berdasarkan keperluan rakyat di kawasan ini. Saya sedar, saya juga insan kerdil yang memerlukan sokongan anda semua untuk merealisasikan hasrat ini. Sekiranya dipilih sebagai Ahli Parlimen Sungai Petani, saya bertekad melaksanakan akujanji ini

Syamsul Anuar Ismail
Calon P015 Parlimen Sungai Petani


Gelagat Si cilik Manja


27 April 2013 – Melihat wajah si cilik yang tersenyum manja ini, Urusetia Media P015 Parlimen Sungai Petani merasakan seperti menyambut Hari Raya saban tahun yang akan datang dan pergi. Tapi apa yang ingin kami gambarkan adalah suasana Pilihan Raya di Sungai Petani sangat meriah dan menggamatkan dengan kehadiran pelbagai generasi yang bersama-sama memperjuangkan Barisan Nasional sebagai satu parti yang membela dan menjaga kebajikan rakyat Malaysia. Diharapkan semua rakyat akan terus bangun untuk menjadikan Parlimen Sungai Petani ditadbir oleh Barisan Nasional untuk kemajuan Bersama.

Urusetia Media
P015 Parlimen Sungai Petani



Kemesraan dan Keramahan Peniaga Penyuntik Semangat Calon Muda


26/04/2013 – Dalam kesibukan berkempen, saya juga sempat singgah sebentar di Pasar Malam di sekitar Sungai Petani. Kelihatan mereka sangat mesra dan terasa diri wujud bersama dengan mereka. kemesraan yang ditonjolkan oleh peniaga dan pengunjung yang hadir menambahkan lagi kekuatan Barisan Nasional dalam memenangi hati rakyat. Saya berharap agar semua rakyat di sekitar Sungai Petani akan terus menyokong Barisan Nasional dalam memajukan Sungai Petani mahupun Malaysia.

Syamsul Anuar Ismail
Calon P015 Parlimen Sungai Petani. 



Restu Isteri Mengiringi Perjuangan Calon Muda


26/04/2012 – Kesibukan bergelar seorang guru serta menguruskan anak-anak, tidak menghalang Puan Linda, isteri kepada calon muda Parlimen Sungai Petani,  turut meluangkan masa untuk turun padang bagi menjayakan kempen untuk terus bersama rakyat. Sokongan itu disifatkan sebagai medan perjuangan untuk merelakan suaminya terus memberi sumbangan yang padu terhadap rakyat di Sungai Petani. Harapan beliau juga, agar rakyat terus memberi sokongan kepada suaminya  untuk membawa suara rakyat di Parlimen kelak ... Insyallah…

Urusetia Media
P.015 Parlimen Sungai Petani



Thursday 25 April 2013

Sayu Hati Melihat Beban Yang Dipikul


24 April 2013 – Saya amat tersentuh ketika melihat insan yang kurang bernasib baik mengucapkan terima kasih kepada Barisan Nasional kerana memberi sumbangan dan membantu meringankan beban mereka. ketika itu juga, ada yang sempat membisik ditelinga saya, agar dapat menyampaikan salam hormat dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia sekiranya bertemu dengan beliau. Atas keprihatinan beliau beban mereka dapat dikurangkan. Saya begitu yakin, sekiranya rakyat terus memberi keyakinan dan mandat kepada saya serta Barisan Nasional untuk mentadbir Sungai Petani sudah pasti kebajikan dan kemajuan Sungai Petani terus dipertingkatkan.

Hidup BN!!

Syamsul Anuar Ismail 
Calon P015 Parlimen Sungai Petani


Wednesday 24 April 2013

Pertemuan Jentera – Jentera BN di Pusat Daerah Mengundi (PDM)


24 April 2013 - Saya telah bertemu dengan jentera-jentera parti yang bekerja kuat menyokong Barisan Nasional dalam PRU13 ini. Mereka kelihatan terus bersemangat untuk memastikan kemenangan  dan mengembalikan kerusi Sungai Petani kepada Barisan Nasional seterusnya menyumbang kepada majoriti 2/3 di Parlimen nanti.  Penglibatan pelbagai lapisan masyarakat di setiap PDM telah menggambarkan gagasan 1Malaysia yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia diterima semua lapisan. Saya berazam untuk terus bersama dengan masyarakat dan memberi komitmen yang padu untuk membawa perubahan di Sungai Petani
Hidup BN!!
Syamsul Anuar Ismail 
Calon P015 Parlimen Sungai Petani


Ronda-ronda kawasan

23 April 2013 –  Masyarakat hari ini lebih melihat dan menyokong calon yang sentiasa mendekati dengan mereka. Bagi merealisasikan harapan rakyat ini,  Saudara Syamsul Anuar Ismail, 37 tahun, yang sentiasa mendekati masyarakat melalui aktiviti dan program belia dan sosial lain telah ditampilkan oleh YAB Dato' Sri Najib Tun Razak sebagai calon BN bagi kerusi P.15 Sungai Petani. Ini merupakan satu pengiktirafan kepada anak muda Sungai Petani bagi membawa suara dan harapan rakyat ke Parlimen. Tidak dapat dinafikan lagi, pemilihan Syamsul ini bertujuan supaya beliau dapat terus mendekati rakyat pelbagai lapisan untuk mendengar keluhan dan rintihan bagi memastikan nasib mereka terbela selaras dengan slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'. Beliau juga bertekad untuk mewujudkan Majlis Pemuafakatan Parlimen Sungai Petani  yang akan dianggotai wakil-wakil daripada pelbagai lapisan masyarakat bagi memastikan suara rakyat Sungai Petani sentiasa didengar dan dberikan perhatian. Pengundi Sungai Petani tidak harus melepaskan peluang ini dengan memberikan undi kepada Syamsul Anuar Ismail. Pilihan terbaik untuk Sungai Petani! (Urusetia Media P.15 Sg Petani)







Mengenali Calon Pilihan anda

23 April 2013 - Ramah bersama rakyat tanpa mengira usia, bangsa dan agama.
Bertenaga, Aktivis, Profesional, Muda 
Adakah ini calon pilihan anda?





Tuesday 23 April 2013

Perjumpaan Bersama Kepimpinan 'The Chinese Chamber of Commerce & Industry of Central Kedah' (CCCICK)


23 April 2012 - The Chinese Chamber of Commerce & Industry of Central Kedah (CCCICK). Hasil perjumpaan  Calon BN P015 Sungai Petani bersama kepimpinan CCCICK telah merumuskan tiga intipati yang mampu melonjakkan pembangunan Sungai Petani

Peluang ekonomi baru tidak menjurus kepada satu kaum sahaja sebaliknya semua kaum terlibat  dalam    memperkasakan dan membangunkan ekonomi Sungai Petani.

Membangunkan kawasan-kawasan bersejarah di Sungai Petani sebagai penjana peluang ekonomi baru

Proses permohonan lesen-lesen di Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) perlu diperkasakan  


BN To Ride Win Of Change To Victory In Kedah, Kelantan - Mustapa


SUNGAI PETANI, April 21 (Bernama) -- International Trade and Industry Minister Datuk Seri Mustapa Mohamed has expressed his confident that the Barisan Nasional (BN) would ride the wind of change to victory in Kedah and Kelantan due to growing support from the Malays, Chinese and Indians.

After five years of lethargic development under the opposition rule, he said the people in both states clamoured for change under the tutelage of Prime Minister Datuk Seri Mohd Najib Razak.

"The opposition has hardly made any progress in Sungai Petani, Merbok and Jerai since wresting the parliamentary constituencies in the last general election," he told reporters at the handing out of MyKasih cards to here Sunday.

Mustapa, who is also Kelantan Umno Liaison Committee chairman, said BN campaigners and supporters should maintain high spirit and determination to recapture the three parliamentary seats.

Kedah MIC Youth chief P. Prabagaran said so far about 3,000 families in Sungai Petani, Merbok, Jerai, Alor Setar, Kuala Kedah and Padang Serai earning below RM1,500 a month are getting RM80 a month in food vouchers from the MyKasih Foundation, a non-governmental organisation.

Present were BN candidates for the Sungai Petani parliamentary seats Dr Syamsul Anuar, Ismail Daut (Merbok parliamentary seat), Datuk Tajul Urus Mohd Zain (Tanjung Dawai state seat), M.L. Maran (Bukit Selambau state seat), and Lee Heung Heng (Sidam state seat).

-- BERNAMA

BN perlu kerja kuat tawan semula Sungai Petani


SUNGAI PETANI - Sungai Petani, antara bandar paling membangun di samping Kulim dan Alor Setar di negeri jelapang padi ini, dihuni oleh semua kaum yang ada di Malaysia termasuk Iban dan Orang Asli.
Keunikan Parlimen Sungai Petani juga kerana penduduknya terbahagi tiga iaitu bandar, pinggir bandar dan pedalaman, bermakna taraf sosio mereka dikategorikan senang, sederhana dan miskin.
Faktor ini bermaksud wakil rakyat sama ada anggota Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (Dun) mestilah daripada kalangan orang yang tinggal dan menetap di kawasan ini dan boleh memberi khidmat jika mahu dipilih pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Pertandingan empat penjuru di Parlimen Sungai Petani serta tiga Dun dalam kawasannya iaitu Pantai Merdeka dan Bakar Arang, masing-masing tiga penjuru manakala Sidam, lima penjuru boleh menggambarkan laluan berliku Barisan Nasional (BN).
Pemerhati politik tempatan meramalkan BN tidak akan mendapat laluan mudah dan hanya kerja kuat habis-habisan untuk menjamin kemenangan.
"Latar belakang pengundi dalam tiga kategori tadi menuntut wakil rakyat yang dekat di hati, mudah dihubungi dan ditemui. Faktor pendidikan tinggi bukan keutamaan mereka.
"BN boleh tumbang semua empat kerusi ini jika menganggap pihak lawan tidak menggugat walaupun mereka calon Bebas," kata pemerhati politik yang ditemui Bernama di sini malam tadi.
Penyandang Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul daripada PKR yang ditemui berkata beliau tidak mengenali calon BN, Dr Syamsul Anuar Che Mey, seolah-olah memperlekehkannya.Dua lagi ialah Ong Wei Sin (Bebas) dan Suhaimi Hashim (Kita).
Wei Sin ialah bekas Naib Ketua Pemuda MCA Kedah dan Ketua Pemuda MCA Sungai Petani.
Di Dun Pantai Merdeka, Ketua Umno bahagian Sungai Petani, Ali Yahya 'diganggu' bekas ahli jawatankuasanya, Mohd Yusuf Lazim yang bertanding atas tiket Bebas untuk menentang penyandang, Abdullah Jusoh (Pas).
Ali bagaimanapun penuh yakin sokongan untuk Mohd Yusuf tidak seteruk yang dijangka berdasarkan komitmen jawatankuasa bahagian termasuk Wanita dan Puteri Umno selain mengharapkan undi BN tidak pecah.
Bakar Arang pada 2008 dimenangi calon PKR, namun kali ini menyaksikan ketiga-tiga calon iaitu Lee Yean Wang (BN), Ooi Tze Min (PKR) dan Ong Kah Soon (Bebas) bertanding buat pertama kali.
"Harapan untuk merampas kembali Bakar Arang lebih cerah berbanding Pantai Merdeka manakala Sidam sukar diramal kerana tiga calon Bebas yang bertanding mempunyai pengaruh tersendiri," tambah mereka.
Seorang veteran Umno Sungai Petani yang enggan namanya disiarkan berkata Ooi Beng Kooi (Bebas) adalah bekas jawatankuasa parti Gerakan Sungai Petani manakala bekas ketua Pemuda PKR Kedah dan pemimpin parti Kita Kedah, Zamil Ibrahim turut bertanding sebagai calon Bebas.
Calon BN, Bee Sieong Heng juga berdepan Robert Ling Kui Ee (PKR), Uh Chorng Von (Kita) dan seorang lagi calon Bebas, Tan Hock Huat.
Sebanyak 40.5 peratus daripada 25,183 pengundi Sidam adalah Cina, Melayu (37.6 peratus), India (21 peratus) dan lain-lain 0.9 peratus.
Zamil yang sempat ditemui berkata beliau bertanding dengan misi untuk memelihara kepentingan orang Melayu di Sidam sejak kerusi itu diserahkan kepada Gerakan sejak sekian lama.
"Saya fikir ada kelebihan berbanding calon-calon lain. Selain sokongan rakan-rakan di sini, undi protes mungkin memihak kepada saya," tambahnya. - Bernama

Sunday 21 April 2013

Program My Kasih Sungai Petani


Mustapa Mohamed yakin rakyat mahu Kedah, Kelantan kembali kepada BN
SUNGAI PETANI - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yakin Kedah dan Kelantan akan kembali kepada Barisan Nasional (BN) berikutan tiga kaum besar Melayu, Cina dan India bersatu menyokong parti itu.
Katanya, angin perubahan yang ditunjukkan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini berbeza kerana mereka mahu melihat perubahan terus menerus berlaku di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.
"Lima tahun pembangkang menguasai Parlimen Sungai Petani, Merbok dan Jerai.
Tiada apa pun mereka buat untuk memajukannya mengikut kehendak rakyat," kata Mustapa kepada pemberita pada majlis penyerahan kad MyKasih di sini, hari ini.
Calon-calon BN dari ketiga-tiga Parlimen tersebut termasuk Dewan Undangan Negeri (Dun) mengambil kesempatan hadir dan memperkenalkan diri kepada pengundi.
Antara yang hadir ialah calon Sungai Petani, Dr Syamsul Anuar; Ismail Daut (Parlimen Merbok); Datuk Tajul Urus Mohd Zain (Dun Tanjung Dawai); M.L. Maran (Bukit Selambau) dan Lee Heung Heng (Sidam).
Beliau yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata penyokong BN perlu mengekalkan semangat tinggi dan berazam untuk merampas semula ketiga-tiga Parlimen tersebut.
Sementara itu, ketua Pemuda MIC Kedah, P. Prabagaran berkata program MyKasih dilaksanakan badan bukan kerajaan, MyKasih Foundation memberi bantuan dalam bentuk baucer barang makanan bernilai RM80 sebulan kepada keluarga miskin berpendapatan isi rumah kurang RM1,500 sebulan.
Katanya pada hari ini sahaja lebih 1,200 dari golongan tersebut dari kawasan Parlimen Sungai Petani, Merbok dan Jerai mendaftar.
Seramai 3,000 orang keluarga miskin dari ketiga-tiga Parlimen itu telahpun menikmatinya.
Menurut Prabagaran program itu turut dilaksanakan di Parlimen Alor Setar, Kuala Kedah dan Padang Serai tahun ini. - Bernama


PRU-13: Mustapa curi masa bantu calon BN Kedah kempen



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130421/px_90/PRU-13-Mustapa-curi-masa-bantu-calon-BN-Kedah-kempen#ixzz2RARkx3Pv
© Utusan Melayu (M) Bhd 
SUNGAI PETANI 21 April - Biarpun sibuk memantau perjalanan jentera Barisan Nasional (BN) Kelantan, Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini 'mencuri' sedikit masa untuk berkempen membantu calon di Kedah.

Mustapa hadir dalam lawatan singkatnya di Sungai Petani kira-kira pukul 4 petang bagi membantu calon Parlimen itu dan Merbok.

Katanya, kawasan terbabit sentiasa dekat di hatinya memandangkan ia merupakan lokasi pertama beliau belajar selok-belok politik.

"Saya mula belajar politik di Sungai Petani dan Merbok sewaktu menjadi Setiausaha kepada Tun Daim Zainuddin, 30 tahun lalu.

"Sebab itulah, sesibuk mana pun saya mesti datang kempen bantu calon di sini kerana terkenang banyak jasa kawasan ini kepada saya,'' katanya kepada pemberita selepas berkempen membantu calon BN pada majlis pengedaran kad bantuan MyKasih di Jalan Kuala Ketil, di sini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130421/px_90/PRU-13-Mustapa-curi-masa-bantu-calon-BN-Kedah-kempen#ixzz2RAReip8q
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday 18 April 2013

Gabungan calon paling mantap


ALOR SETAR 16 April - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah mengumumkan kesemua 51 calon BN yang disifatkan sebagai gabungan paling mantap pernah ditawarkan kepada rakyat negeri ini untuk menawan semula Kedah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Beliau berkata, seramai 15 calon Parlimen dan 36 calon Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut dipilih dengan teliti berdasarkan kesesuaian, latar belakang dan kemampuan menggalas tanggungjawab memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat sekiranya berjaya menewaskan calon-calon pakatan pembangkang pada 5 Mei ini.

"Sepanjang karier politik saya, kali ini bukan sahaja mencabar tetapi calon-calon BN yang diturunkan juga adalah mantap."Dengan kewibawaan kombinasi muka baharu dan lama serta pelbagai latar belakang ini, saya yakin BN berjaya merampas kembali Kedah pada 5 Mei ini," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan calon BN Kedah di Dewan Serbaguna Anak Bukit, di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 28 calon baharu dipilih untuk mewakili BN bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen kali ini.
Daripada jumlah itu, katanya, sebahagian besar merupakan ahli politik berpengaruh dan berpengalaman serta di kalangan profesional seperti pensyarah universiti, doktor, peguam dan jurutera.

"Selain itu, kita turut menampilkan semula bekas-bekas orang kuat untuk melawan nama-nama besar pembangkang seperti Datuk Othman Abdul di Pendang (akan menentang Mohamad Sabu dari Pas).
"Mereka ini diakui mempunyai pengalaman yang luas dan mampu menumpaskan lawan," katanya.
Senarai calon itu antaranya menyaksikan penyandang kerusi Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berpindah ke kerusi DUN Ayer Hitam, manakala bekas menteri besar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berpindah dari kerusi DUN Pedu ke Parlimen Padang Terap.

Selain itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bertanding di Parlimen Jerai selain mengekalkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung di Alor Setar dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Johari Baharom di Kubang Pasu.
Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail bertanding di Parlimen Pokok Sena untuk menentang Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar, manakala calon BN di Pendang, Datuk Othman Abdul menentang Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Calon profesional BN lain termasuk seorang doktor, Dr. Zaki Zamani Abdul Rashid di Kuala Kedah dan golongan akademik, Prof. Dr. Ismail Daut (Merbok), Shamsul Anuar Ismail (Sungai Petani) dan Dr. Mansor Abdul Rahman (Sik).Mengenai calon muda dan wanita pula, Ahmad Bashah memberitahu, BN Kedah sentiasa mengiktiraf peranan golongan tersebut dalam pelbagai bidang termasuk politik.
"Sebab itulah pada kali ini, penyertaan calon muda ramai manakala golongan wanita sebanyak tujuh orang," katanya.

Ditanya tentang mereka yang tidak disenarai atau digugurkan, beliau berkata, pihaknya telah menghubungi individu terbabit dan diberikan keyakinan bahawa mereka akan membantu memenangkan calon BN pada kali ini.
"Mereka akur kerana senarai ini dibuat oleh pucuk pimpinan parti. Sebagai orang parti, mereka bersetuju meneruskan perjuangan dengan memberikan komitmen penuh memenangkan BN," katanya.


© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pembangunan Hal Ehwal Agama teras utama dalam manifesto BN Kedah


ALOR SETAR: Manifesto Barisan Nasional (BN) Kedah atau Aku Janji yang dilancarkan hari ini meletakkan hal ehwal agama sebagai teras utamanya dalam usaha memajukan semula negeri ini di samping membela nasib rakyat.Dua lagi teras Manifesto BN Kedah bertemakan "Bersama Memacu Tranformasi Kedah" itu ialah Transformasi Ekonomi dan Tranformasi Sosial, merangkumi 14 perkara. Pengerusi BN negeri, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata sebagai parti yang sentiasa berpegang kepada syiar Islam, BN Kedah bertekad untuk mempertahan kewujudan pusat pengajian pondok dan tahfiz dengan memberikan pelbagai kemudahan bertaraf tinggi. 

"Bersesuaian dengan hasrat itu, Maktab Rendah Sains Mara Ulul Albab akan ditubuhkan, selain mengimarahkan suasana ilmu di Kedah dan memperkasa institusi dan pergurusan masjid serta surau dengan pelbagai latihan," katanya semasa melancarkan Aku Janji BN Kedah di sini. Kerajaan BN juga akan mengasingkan hasil pendapatan negeri dengan hanya sumber berlandaskan Syariah sahaja digunakan untuk perbelanjaan melibatkan umat Islam. 

Beliau berkata, aku janji itu turut menggabungkan elemen transformasi ekonomi dan transformasi sosial yang meliputi komitmen BN dalam membawa perubahan serta kemajuan ke negeri ini. Antaranya membangunkan Bandaraya Getah Kota Putra di Padang Terap yang mampu menawarkan 13,000 peluang pekerjaan berpendapatan tinggi dan sederhana. BN juga mahu membangunkan hub industri Kota Perdana dan pembangunan bercampur, termasuk pusat logistik di Bukit Kayu Hitam, yang merupakan sebahagian daripada Projek  Strategik Pembangunan Bersama Malaysia-Thailand. 

Turut dirancang pembangunkan Jerlun sebagai Pusat Industri Minyak dan Gas serta Yan sebagai Zon Industri Petroleum Yan bagi memanfaatkan perjanjian dua hala Malaysia-Thailand. Ahmad Bashah berkata, aku janji khusus untuk rakyat Kedah itu dirangka dengan penuh berhemah dengan mengambil kira kemampuan parti dan bukan janji-janji kosong. Katanya, ekonomi Kedah akan melalui transformasi dengan kewujudan lebih banyak peluang pekerjaan di samping peningkatan pelaburan langsung asing dan domestik khusus dalam sektor terpilih. - BERNAMA 

Wednesday 17 April 2013

Intipati Manifesto BN #ManifestoBN #AkuJanji



Berikut intipati Manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan Perdana Menteri dan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Putra Bukit Jalil di sini, malam Sabtu.
Manifesto bertajuk ‘Menepati Janji Membawa Harapan’ itu, mengandungi janjiBN untuk membawa negara ke peringkat lebih tinggi sekiranya diberikan mandat baharu dalam pilihan raya umum ke-13 nanti:
1. Menangani Kos Sara Hidup :
* Menambah BR1M sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk bujang dengan bantuan secara tahunan dikekalkan.
* Mempertingkatkan Baucar Buku 1Malaysia kepada RM300 dan Bantuan Persekolahan kepada RM150.
* Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.
* Menambah bilangan Kedai Rakyat 1Malaysia.
* Memperkenalkan produk 1Malaysia di stesen minyak dan pasar raya besar.
* Membuka Klinik 1Malaysia di dalam kawasan komuniti padat penduduk.
* Menyediakan lebih banyak Pusat Jagaan Harian 1Malaysia untuk ibubapa bekerja.
* Menurunkan yuran jalur lebar sekurang-kurangnya 20 peratus dengan jaminan bandwidth internet.
* Melaksanakan dasar 1Negara 1Harga bagi barangan keperluan asas.
* Memperkenalkan lebih banyak produk 1Malaysia yang digerakkan oleh GLC dan sektor swasta.


2. Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar :
* Menstruktur semula kerajaan termasuk mewujudkan kementerian baharu seiring dengan anjakan corak demografi bandar di negara ini dan menangani cabaran sosial dan ekonomi bandar.
* Menambah perwakilan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat awam dalam kerajaan tempatan.
* Memulihkan semula rumah kos rendah dan flat di bandar-bandar.
* Mengambil alih penyelenggaraan prasarana perumahan awam.
* Menyediakan perumahan awam berkualiti khusus untuk generasi muda yang mencari kerja.
* Membina kemudahan dan kawasan rekreasi bagi meningkatkan kualiti hidup di bandar.
* Memastikan kemudahan pendidikan, latihan dan perkhidmatan kesihatan.
* Menambah baik rangkaian pengangkutan antara bandar dan penempatan.
* Membuka lebih banyak Anjung Singgah (pusat perlindungan sementara untuk golongan gelandangan) di kawasan yang diperlukan.
3. Menyediakan Rumah Mampu Milik:
* Membina 1,000,000 buah rumah mampu milik – digerakkan oleh sektor awam dan swasta – termasuk 500,000 buah rumah PR1MA.
* Memastikan harga rumah PR1MA sekurang-kurangnya 20 peratus di bawah harga pasaran.
* Memperkenalkan skim sewa dan milik untuk projek perumahan kerajaan.
* Memulihkan semula projek perumahan terbengkalai untuk melindungi pembeli rumah.
* Mengambil alih penyelenggaraan semua Projek Perumahan Awam.
* Membantu pemilik rumah berpendapatan rendah dan miskin untuk memperbaiki rumah mereka.
* Menggantikan kawasan setinggan dengan kawasan perumahan tetap yang selesa.
* Memperbaiki perumahan estet dan menyediakan rumah untuk bekas pekerja estet melalui perkongsian kerajaan-estet.
* Memansuhkan yuran setem untuk pembelian rumah pertama berharga di bawah RM400,000.
4. Peluang Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti:
* Membangunkan sistem nasional yang akan menyediakan akses penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada semua rakyat.
* Menubuhkan Pusat Kanser dan Pusat Jantung di hospital-hospital utama di setiap zon – Utara, Selatan, Timur di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
* Mewujudkan kemudahan awam untuk rawatan dialisis buah pinggang di setiap kawasan penduduk berkepadatan tinggi.
* Melaksanakan sistem kad prihatin kepada rakyat Malaysia yang memerlukan bagi membolehkan mereka mendapat diskaun harga untuk ubat-ubatan tertentu.
* Memperkenalkan sistem sokongan kepada rumah penjagaan untuk golongan warga tua dan mereka yang menghidap sakit kronik.
5. Ke Arah Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam:
* Mengembangkan perkhidmatan sistem bas Rapid ke setiap ibu negeri yang lengkap dengan kemudahan untuk golongan berumur dan kurang upaya.
* Terus memperluaskan sistem rel, MRT, LRT dan komuter.
* Membina terminal bas, rel, dan teksi bersepadu di semua pekan dan bandar.
* Menyusun semula laluan bas untuk memastikan perkhidmatan yang lebih cekap dan memudahkan rakyat.
* Meningkatkan jumlah permit teksi individu.
* Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi dan memperluaskan sistem landasan kereta api berkembar.
6. Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar:
* Memperbanyakkan lorong dan susur keluar Lebuh Raya Utara-Selatan.
* Membina 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Semantan di Sarawak hingga ke Serudong di Sabah.
* Menyambung Lebuh Raya Pantai Timur dari Kuala Krai-Kota Bharu dan Gambang-Segamat.
* Membina Lebuh Raya Pantai Barat baharu dari Banting-Taiping.
* Mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat.
* Melaksanakan konsep Kampung Abad ke-21 bagi melonjak transformasi luar bandar dan membawa komuniti berkenaan ke dalam pembangunan arus perdana.
* Membina 6,300km lagi jalan raya berturap di Semenanjung Malaysia, 2,500km di Sabah dan 2,800km di Sarawak yang memberi faedah kepada kira-kira 3.3 juta penduduk.
* Menyelesaikan masalah bekalan air terawat di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Kelantan.
* Memperluaskan bekalan air bersih untuk 320,000 rumah lagi di seluruh negara.
* Mempertingkatkan bekalan tenaga elektrik kepada 6,000 rumah lagi di Semenanjung, 60,000 rumah di Sabah dan 80,000 rumah di Sarawak.
* Menggalakkan pembekal perkhidmatan telekomunikasi untuk memastikan kualiti perkhidmatan telefon bergerak dan liputan memuaskan di seluruh negara.
7. Membina Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif:
* Menarik pelaburan bernilai RM1.3 trilion dan mencipta 3.3 juta peluang kerja baharu dengan 2 juta daripadanya dalam sektor berpendapatan tinggi.
* Mencapai pendapatan per kapita AS$15,000 (RM45,000) menjelang 2020.
* Menyediakan insentif khas untuk perniagaan inovatif dan kreatif bagi menjana lebih banyak pekerjaan dan kejayaan.
* Melaksanakan dasar yang adil dan saksama kepada semua kaum di Malaysia termasuk dasar menyokong pertumbuhan, penglibatan besar-besaran sektor swasta dan pembangunan pasaran modal.
* Mempertingkatkan agenda Bumiputera termasuk Bumiputera di Sabah dan Sarawak menerusi penyediaan peluang-peluang perniagaan, ekosistem yang kukuh (misalnya kemudahan pinjaman dan latihan) dan sokongan institusi.
* Bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri bagi menyediakan lebih banyak tanah dan meningkatkan produktiviti tanah sedia ada untuk meningkatkan pengeluaran makanan dan ternakan.
* Membuat pembaharuan dalam struktur cukai sedia ada ke arah sistem percukaian yang lebih terbuka serta mengurangkan cukai individu dan korporat secara berperingkat.
* Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20 peratus daripada perolehan minyak dan gas kepada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang.
* Melaksanakan pelan transformasi SME dan melahirkan Syarikat Dagangan Negara untuk meneroka pasaran antarabangsa bagi produk SME.
* Melahirkan lebih banyak juara di peringkat serantau dan global dalam kalangan masyarakat Malaysia.
* Memastikan GLC terus membantu pembangunan usahawan melalui pemindahan pegangan bukan strategik GLC dan memperhebatkan program penyumberan luar kepada syarikat Bumiputera.
* Menyediakan dana saham amanah RM500 juta untuk meningkatkan pegangan ekuiti komuniti India kepada sekurang-kurangnya 3 peratus.
* Menubuhkan sebuah Unit Khas bagi memastikan kejayaan pelaksanaan dasar untuk mempertingkatkan kehidupan masyarakat India.
* Meningkatkan akses kredit mikro untuk semua rakyat Malaysia, termasuk RM100 juta diperuntukkan kepada penjaja dan peniaga kecil.
8. Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara:
* Membawa Malaysia ke tahap ‘kategori tiga teratas’ dalam sistem pendidikan terbaik dunia dengan memperbaiki kualiti sekolah kebangsaan.
* Memperbaiki penguasaan Bahasa Malaysia dan Inggeris dalam kalangan pelajar dari tahap prasekolah, dan menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM di semua sekolah.
* Memperbaiki akses untuk pendidikan berkualiti bagi komuniti kecil dan kawasan luar bandar terutama Sabah dan Sarawak.
* Menyediakan lebih banyak biasiswa berdasarkan merit dengan peruntukan khas kepada komuniti yang kurang bernasib baik.
* Meneruskan peruntukan khas kepada semua jenis sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Maktab Rendah Sains MARA, Sekolah Berasrama Penuh dan sekolah mubaligh.
* Mengembangkan persekolahan satu sesi.
* Merombak institut-institut perguruan dan menaikkan syarat pengambilan guru pelatih.
* Memperkenalkan sistem pembelajaran dan pengajaran yang mudah bagi Bahasa Malaysia di sekolah Cina dan Tamil.
* Membina lebih banyak sekolah, meliputi semua jenis sekolah, di kawasan yang mempunyai permintaan tinggi.
* Mempertingkatkan prestasi mata pelajaran Matematik dan Sains, dan membentuk kemahiran berfikir yang tinggi dalam kalangan pelajar.
* Menyediakan insentif kewangan sebanyak RM100,000 setahun kepada sekolah yang menawarkan kelas pendidikan khas.
* Menukar status Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil kepada sekolah bantuan penuh kerajaan jika sekolah berkenaan ingin berbuat demikian.
* Berikirar menyediakan makmal ICT di sekolah-sekolah yang memerlukannya.
* Mentransformasikan sekolah vokasional menjadi kolej dan menambah kemasukan pelajar sebanyak 20 peratus.
* Memperluaskan pendidikan prasekolah meliputi semua jenis sekolah.
* Menyediakan laluan kerjaya baru bagi membolehkan 420,000 guru dinaikkan pangkat segera berdasarkan prestasi.
* Menyediakan jalur lebar WiFi secara percuma dan terjamin di semua kampus institusi pengajian tinggi awam.
* Memperkenalkan skim pemilikan komputer riba di sekolah-sekolah bersama dengan kemudahan Internet.
9. Meningkatkan Keselamatan Dan Ketenteraman Awam:
* Meningkatkan jumlah tenaga kerja PDRM, dengan tambahan 4,000 anggota polis pada setiap tahun.
* Memasang lampu di jalan-jalan, lorong-lorong dan laluan bagi mengurangkan lagi jenayah jalanan.
* Mengukuhkan Unit Rondaan Bermotosikal PDRM dengan menambah 5,000 buah kenderaan tambahan.
* Menambah baik kebajikan, profesionalisme dan keupayaan Polis, Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
* Meningkatkan keupayaan keseluruhan Angkatan Tentera Malaysia untuk menangani apa jua bentuk pencerobohan dan ancaman luar.
* Mempertahankan dan memperkuatkan Suruhanjaya Polis.
* Menggunakan sistem 6P untuk mengekang pendatang asing tanpa izin.
* Mewujudkan Program SafeCam untuk menghubungkan sistem CCTV swasta dengan awam.
* Mengembangkan secara meluas penggunaan CCTV untuk memantau kawasan-kawasan laluan awam yang sibuk seperti kawasan letak kereta, kawasan riadah, pasar malam dan sekolah.
* Memperkenalkan inisiatif keselamatan di kawasan skim perumahan awam.
* Pengambilan tambahan 50,000 anggota Pasukan Sukarelawan Simpanan Polis untuk membantu PDRM membuat rondaan dan menjadikan kawasan persekitaran lebih selamat.
10. Memperkasa Penyertaan Wanita
* Menambah jumlah wanita yang terlibat dalam proses membuat keputusan nasional.
* Menggalakkan kesamaan gender untuk memaksimumkan potensi rakyat Malaysia dalam semua bidang, tanpa mengira jantina.
* Menyediakan lebih banyak peluang bisnes dan ruang bagi menambah pendapatan untuk wanita supaya mereka lebih berkeupayaan untuk berdikari.
* Mewujudkan lebih banyak insentif untuk inisiatif bekerja dari rumah, dengan penekanan yang lebih besar kepada golongan ibu tunggal.
* Membuka pusat-pusat Asuhan 1Malaysia di semua pejabat Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta menggalakkan sektor swasta untuk melakukan perkara yang sama.
* Mengetatkan undang-undang untuk mencegah kejadian penderaan dan gangguan seksual di rumah dan di tempat kerja.
11. Memenuhi Aspirasi Belia:
* Memperuntukkan tabung latihan dan insentif kepada belia yang mahu melakukan usaha niaga komersial.
* Menyediakan ruang komersial di dalam pusat membeli belah selama sehari pada setiap bulan untuk golongan belia mempamerkan dan memasarkan produk kreatif dan perkhidmatan mereka.
* Mewujudkan inkubator bagi memupuk kualiti kepimpinan dan kreativiti.
* Melahirkan belia yang lebih berdaya tahan menerusi aktiviti kesukarelawan dalam 1M4U.
* Mewujudkan lebih banyak lokasi WIFI percuma dengan penekanan kepada kawasan luar bandar dan separa bandar.
* Melahirkan lebih ramai atlet berprestasi tinggi di peringkat serantau dan antarabangsa serta mempromosikan gaya hidup yang lebih sihat.
* Mengkaji semula undang-undang berkaitan hiburan untuk promosi seni persembahan dan kebudayaan.
12. Merancang Jaringan Keselamatan Sosial:
* Memperhalusi dan menambah baik jaringan bantuan keselamatan menerusi sistem pangkalan data yang bersepadu.
* Menyediakan bantuan kewangan dan peluang pendidikan untuk golongan berpendapatan rendah tanpa mengira kaum.
* Mengubah Brickfields di Kuala Lumpur menjadi zon mesra golongan orang buta supaya kawasan itu menjadi zon contoh yang bakal mendorong lebih banyak tempat seumpama itu disediakan bagi memenuhi keperluan golongan kurang upaya di tempat-tempat lain.
* Mewujudkan mahkamah khas yang mempunyai status yang sama dengan Mahkamah Tinggi di bawah sistem kehakiman sedia ada, yang mana hakim-hakim akan dibantu oleh penasihat-penasihat yang dipilih dalam kalangan ketua komuniti untuk menyelesaikan isu-isu tanah pribumi.
* Mewartakan semua tanah adat menerusi perundingan bersama kerajaan-kerajaan negeri.
* Menyediakan lebih banyak peluang untuk menjana pendapatan dalam kalangan komuniti pribumi dan meningkatkan bilangan pengambilan pribumi ke dalam pendidikan vokasional, kolej dan universiti.
* Menyediakan tabung untuk pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan berdaftar dan gerakan masyarakat sivil.
13. Mempromosikan Agama Islam, Kebebasan dan Keharmonian Agama:
* Mendukung Islam sebagai agama Persekutuan serta mempromosikan syiar dan syariat Islam mengikut prinisp Maqasid Syariah.
* Memastikan agama-agama lain diamalkan dalam suasana aman dan harmoni.
* Isu-isu berkaitan dengan golongan bukan Islam diletakkan di bawah bidang kuasa seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
* Mempromosikan prinsip kesederhanaan (wasatiyyah) dalam semua pendekatan.
* Meningkatkan inisiatif dalam menyatukan ummah.
* Menjana pendapatan daripada pembangunan tanah wakaf dengan kerjasama Pihak Berkuasa Agama Negeri-negeri.
* Menaikkan pengecualian cukai untuk sumbangan ke atas pembinaan, membesarkan dan memulihara rumah-rumah ibadat.
* Meneruskan peruntukan tanah untuk pembinaan rumah ibadat.
* Menyediakan lebih banyak bantuan kewangan kepada institusi-institusi agama berdaftar dan rumah-rumah ibadat.
* Mempromosikan kebajikan imam, pegawai masjid dan guru Kafa dengan menyediakan gaji berasakaan perkhidmatan dan kenaikan gaji.
* Meningkatkan kualiti Sekolah Agama Rakyat dan membenarkan para pelajarnya mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan infrastruktur pendidikan kerajaan.
* Menyediakan bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Pondok.
14. Memerangi Gejala Rasuah:
* Meningkatkan ketelusan dalam prosedur perolehan kerajaan dengan mendedahkan kontrak kepada awam.
* Memberi kuasa kepada SPRM menerusi penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM yang akan bertanggungjawab terhadap perkhidmatan dan pengambilan kakitangan.
* Menaik taraf kedudukan Ketua Pesuruhjaya dan pegawai kanan SPRM ke satu peringkat yang lebih tinggi.
* Memberikan penekanan yang sama rata terhadap siasatan dan tindakan yang dilakukan ke atas pemberi dan penerima rasuah.
* Akses yang cepat kepada Laporan Audit Prestasi Ketua Audit Negara untuk tindakan segera.
* Menubuhkan Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan Mahkamah Tinggi tambahan untuk kes-kes rasuah.
* Melaksanakan akujanji integriti untuk ahli-ahli Parlimen dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.
15. Memperkukuhkan Perkhidmatan Awam, Menambah Baik Tadbir Urus:
* Memperkenalkan Skim Gaji Transformatif untuk penjawat awam, termasuk menyemak semula elaun dan menyediakan pergerakan gaji khas sebanyak tiga peratus kepada mereka yang mencapai gaji maksimum jika pada waktu tiada semakan gaji dilakukan.
* Penambahbaikan skim perkhidmatan awam dengan menyediakan lebih banyak peluang kenalkan pangkat dan pembangunan bakat serta memastikan kualiti kehidupan penjawat awam terpelihara.
* Melanjutkan tempoh kontrak para pegawai dan menyerap kakitangan yang cekap ke dalam perkhidmatan tetap.
* Memperluaskan Pusat Transformasi Bandar ke semua bandar dan pekan utama.
* ‘Merakyatkan Perkhidmatan Awam’ bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang cemerlang.
* Menggerakkan dan memperkasa perkhidmatan awam, termasuk Pejabat-pejabat Daerah dan Kerajaan Tempatan, bagi memenuhi permintaan dan keprihatinan rakyat.
* Menambah baik kaunter perkhidmatan menerusi pelantikan anggota-anggota barisan depan daripada pelbagai kaum dan memperluaskan perkhidmatan online untuk urusan pembayaran dan permohonan.
* Memperkenalkan program-program pengambilan pekerja untuk memastikan keseimbangan antara kaum dalam perkhidmatan awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
* Meningkatkan potensi, kemampuan dan kapasiti semua penjawat awam tanpa mengira kaum dan jantina.
* Memberikan perhatian yang istimewa kepada orang kurang upaya untuk memanfaatkan potensi dan kemampuan yang mereka miliki.
16. Gerakan Kesederhanaan Global:
* Berjuang untuk penubuhan sebuah negara Palestin.

* Menyokong usaha menjadikan Asean sebuah komuniti ekonomi menjelang tahun 2015.
* Berusaha memenangi Kerusi Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi memainkan peranan utama dalam keamanan serantau dan keselamatan antarabangsa melalui dasar kesederhanaan.
* Meningkatkan hubungan ekonomi dan kepentingan bilateral dengan negara rakan dagang utama dan ekonomi negara sedang membangun.
* Membentuk Dasar Luar yang menyokong kepentingan-kepentingan strategik politik, ekonomi dan keselamatan kita.
* Mengetuai usaha menentang jenayah-jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan manusia dan dadah.
* Memperbanyakkan program ‘outreach’ kemanusiaan di wilayah-wilayah konflik seperti Gaza, Tebing Barat, selatan Thailand, Mindanao dan di mana sahaja.
17. Memulihara Sumber Semula Jadi:
* Menawarkan insentif kewangan kepada premis komersial dan persendirian yang melabur dalam sumber-sumber teknologi hijau yang boleh diperbaharui seperti tenaga suria dan biomas.
* Memperuntukkan lebih banyak ruang untuk kawasan hijau di bandar-bandar utama.
* Memulihara sungai dan anak sungai menerusi pertambahan peruntukan kewangan dan undang-undang yang lebih ketat, selain memperhebatkan usaha itu melalui program khas UNDP dan Sungai Nadi Kehidupan.
* Menambah program pendidikan untuk menyemai sikap mencintai alam sekitar.
* Memulihara hutan dan melaksanakan program penanaman semula hutan.
* Menguatkuasa undang-undang yang ketat dan dikemas kini untuk mencegah kegiatan penerokaan secara haram di kawasan-kawasan strategik dan utama.
* Menggunakan teknologi hijau dan terbaharu dalam pengurusan sistem pepejal. 




Pusat Kokurikulum UUM