Sunday 21 April 2013

Program My Kasih Sungai Petani


Mustapa Mohamed yakin rakyat mahu Kedah, Kelantan kembali kepada BN
SUNGAI PETANI - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yakin Kedah dan Kelantan akan kembali kepada Barisan Nasional (BN) berikutan tiga kaum besar Melayu, Cina dan India bersatu menyokong parti itu.
Katanya, angin perubahan yang ditunjukkan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini berbeza kerana mereka mahu melihat perubahan terus menerus berlaku di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.
"Lima tahun pembangkang menguasai Parlimen Sungai Petani, Merbok dan Jerai.
Tiada apa pun mereka buat untuk memajukannya mengikut kehendak rakyat," kata Mustapa kepada pemberita pada majlis penyerahan kad MyKasih di sini, hari ini.
Calon-calon BN dari ketiga-tiga Parlimen tersebut termasuk Dewan Undangan Negeri (Dun) mengambil kesempatan hadir dan memperkenalkan diri kepada pengundi.
Antara yang hadir ialah calon Sungai Petani, Dr Syamsul Anuar; Ismail Daut (Parlimen Merbok); Datuk Tajul Urus Mohd Zain (Dun Tanjung Dawai); M.L. Maran (Bukit Selambau) dan Lee Heung Heng (Sidam).
Beliau yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata penyokong BN perlu mengekalkan semangat tinggi dan berazam untuk merampas semula ketiga-tiga Parlimen tersebut.
Sementara itu, ketua Pemuda MIC Kedah, P. Prabagaran berkata program MyKasih dilaksanakan badan bukan kerajaan, MyKasih Foundation memberi bantuan dalam bentuk baucer barang makanan bernilai RM80 sebulan kepada keluarga miskin berpendapatan isi rumah kurang RM1,500 sebulan.
Katanya pada hari ini sahaja lebih 1,200 dari golongan tersebut dari kawasan Parlimen Sungai Petani, Merbok dan Jerai mendaftar.
Seramai 3,000 orang keluarga miskin dari ketiga-tiga Parlimen itu telahpun menikmatinya.
Menurut Prabagaran program itu turut dilaksanakan di Parlimen Alor Setar, Kuala Kedah dan Padang Serai tahun ini. - Bernama


PRU-13: Mustapa curi masa bantu calon BN Kedah kempen



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130421/px_90/PRU-13-Mustapa-curi-masa-bantu-calon-BN-Kedah-kempen#ixzz2RARkx3Pv
© Utusan Melayu (M) Bhd 
SUNGAI PETANI 21 April - Biarpun sibuk memantau perjalanan jentera Barisan Nasional (BN) Kelantan, Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini 'mencuri' sedikit masa untuk berkempen membantu calon di Kedah.

Mustapa hadir dalam lawatan singkatnya di Sungai Petani kira-kira pukul 4 petang bagi membantu calon Parlimen itu dan Merbok.

Katanya, kawasan terbabit sentiasa dekat di hatinya memandangkan ia merupakan lokasi pertama beliau belajar selok-belok politik.

"Saya mula belajar politik di Sungai Petani dan Merbok sewaktu menjadi Setiausaha kepada Tun Daim Zainuddin, 30 tahun lalu.

"Sebab itulah, sesibuk mana pun saya mesti datang kempen bantu calon di sini kerana terkenang banyak jasa kawasan ini kepada saya,'' katanya kepada pemberita selepas berkempen membantu calon BN pada majlis pengedaran kad bantuan MyKasih di Jalan Kuala Ketil, di sini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130421/px_90/PRU-13-Mustapa-curi-masa-bantu-calon-BN-Kedah-kempen#ixzz2RAReip8q
© Utusan Melayu (M) Bhd 

0 comments :

Post a Comment




Pusat Kokurikulum UUM