Monday 15 April 2013

GPMS Sungai Petani anjur program belia


SUNGAI PETANI 26 Mac - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Sungai Petani akan melancarkan pelbagai aktiviti sepanjang tahun ini melalui Program Pemimpin Turun Padang Parlimen Sungai Petani bagi merapatkan hubungan baik dengan ahli belia dan penuntut universiti tempatan.
Pengerusinya, Khairul Anuar Ahmad berkata, program pertama berlangsung di Kampung Permatang Batu, Simpor dekat sini baru-baru ini melalui acara pertandingan memancing ikan di Tapak Projek Ternakan Ikan milik syarikat Juara Muara Enterprise.
"Sambutan penduduk tempatan termasuk belia dan pelajar universiti bagi menyertai pertandingan itu amat menggalakkan," katanya.
Menurutnya, program itu mendapat kerjasama Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Sungai Petani dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Komoi dan Simpor Tikam Batu.
"Ahli GPMS mendapat layanan baik daripada masyarakat tempatan apabila berada di kampung itu dan usaha-usaha sebegini akan diteruskan," katanya.
Khairul Anuar berkata, sempena program itu, pihak GPMS mengedar 100 borang keahlian kepada kalangan belia dan pelajar universiti yang berada di sekitar Sungai Petani.
Pengerusi Gerakan Belia 4B Kampung Komoi, Azhar Ahmad berkata, langkah diambil oleh GPMS untuk mengadakan aktivitinya di kampung ini begitu baik sekali.
"Mereka tampil memberi pelbagai maklumat kepada penduduk di kawasan ini dan kerja sukarela itu perlu diteruskan," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Utara/20130327/wu_04/GPMS-Sungai-Petani-anjur-program-belia#ixzz2QcWImevP
© Utusan Melayu (M) Bhd 

0 comments :

Post a Comment




Pusat Kokurikulum UUM