Monday 15 April 2013

7 juta isi rumah, individu bujang dapat BR1M 2.0


SUNGAI PETANI 23 Jan. - Sebanyak tujuh juta isi rumah dan individu bujang bakal memperoleh bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0, mulai 1 Februari ini.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, bagi tujuan itu, sebanyak RM3 bilion diperuntukkan untuk membolehkan pembayaran dibuat melalui Pejabat Daerah dan Pejabat Pegawai Pembangunan Zon di seluruh negara.
"Tahun lalu kita sudah mengagihkan BR1M kepada 4.1 juta isi rumah dan mereka masih layak untuk diberikan BR1M 2.0. Jumlah ini akan dicampur dengan pemohon baru yang terdiri daripada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah dan juga orang bujang.
"Jadi kita jangkakan seramai tujuh juta orang akan dapat manfaat BR1M 2.0,'' katanya selepas merasmikan Menara Hasil Sungai Petani di Bandar Amanjaya, di sini hari ini. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130123/dn_25/7-juta-isi-rumah-individu-bujang-dapat-BR1M-2.0#ixzz2QcXCTWXa
© Utusan Melayu (M) Bhd 

0 comments :

Post a Comment




Pusat Kokurikulum UUM