Bersama Kelab Fotografi UUM

Menjengah aktiviti pelajar.

Bersama persatuan pelajar

Aktivis belia yang sentiasa bersama mahasiswa

Menyantuni masyarakat desa

Tidak kekok untuk bersama masyarakat dan menyantuni denyut nadi masyarakat.

Anuar Che Mey@Ismail

Aktivis muda dan profesional

CALON BARISAN NASIONAL P015 SUNGAI PETANI

Undilah Calon Barisan Nasional P015 Sungai Petani, Syamsul Anuar Ismail,Suara Generasi Baru...Khidmat Untuk Semua

Wednesday, 17 April 2013

Manifesto BN - Dokumen 'Akujanji' Kepada Rakyat, Kata Najib


Manifesto BN - Dokumen 'Akujanji' Kepada Rakyat, Kata Najib

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Manifesto Barisan Nasional (BN) bukan hanya sekadar manifesto, tetapi satu dokumen 'akujanji' kepada rakyat, kata Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya tidak mahu kata manifesto kerana pembangkang kata manifesto bukan janji, sebab itu nama manifesto tidak berapa sesuai.

"Saya nak kata bukan manifesto tetapi akujanji kepada rakyat Malaysia," kata Perdana Menteri ketika berucap pada perhimpunan janji 1Malaysia "Rakyat Didahulukan" sempena pelancaran manifesto BN bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) di Stadium Putra Bukit Jalil di sini Sabtu malam.

Najib berkata oleh kerana manifesto atau akujanji adalah dokumen yang penting, ia perlu dilancarkan dalam perhimpunan dan disiarkan secara langsung supaya rakyat seluruh negara boleh menghayati isi kandungan manifesto itu.

"Mereka boleh meneliti apakah komitmen BN kepada rakyat," katanya.

"Biarlah pembangkang kata manifesto bukan janji, kalau bukan janji, apa guna bentang manifesto yang baru, apa faedah bentang manifesto baru.

"Kepada BN, manifesto adalah satu perkara yang serius," katanya.

Sebaliknya Najib membidas pembangkang dan menyifatkan manifesto mereka sebagai sebuah "fantasi dan khayalan" dengan menabur janji sesuka hati.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata sekiranya janji pembangkang dilaksanakan maka defisit negara akan melambung kepada 11.5 peratus manakala hutang negara juga akan melonjak.

"Kita tidak boleh beri mereka peluang untuk mentadbir negara sebab tidak ada apa yang telah mereka lakukan dalam tempoh lima tahun lepas," katanya.

Dalam pada itu, Najib menyifatkan perhimpunan malam ini adalah begitu luar biasa dan paling hebat sepanjang 37 tahun beliau terlibat dalam politik.

Katanya, perhimpunan malam ini bukan sahaja untuk memperlihatkan BN adalah parti yang terkuat di negara ini, tetapi adalah malam yang serius untuk memberitahu kepada rakyat keupayaan BN untuk terus diberi mandat menerajui negara pada PRU13.

Lebih 50,000 penyokong BN membanjiri Stadium Putra Bukit Jalil bagi menyaksikan pelancaran manifesto BN dan mereka kelihatan bersemangat, menandakan sokongan padu kepada BN.

Pelancaran manifesto pada malam ini turut disiarkan secara langsung menerusi RTM1, TV3 dan Astro Awani.

-- BERNAMA

Monday, 15 April 2013

BIODATA


SYAMSUL ANUAR ISMAIL

LAHIR: 6 FEBRUARI 1976

TEMPAT LAHIR: KUALA KETIL, KEDAH

MEMBESAR: SUNGAI PETANI DAN JITRA

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

1. Pendidikan awal @ Sekolah Rendah Kebangsaan Ibrahim, Sungai Petani.(1983 -1989)

· Pingat Emas Sultan 1988(Anugerah Pelajar Terbaik Sekolah Rendah Kebangsaan Ibrahim&
Pencapaian Terbaik Ujian Penilaian Sekolah Rendah - UPSR) daripada KDYMM Tuanku Sultan
Kedah.

2. Pendidikan Menegah @ Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra. (1989 – 1993)

· Hadiah Pencapaian Akademik Terbaik SPM 1993 – Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim,
Jitra
· Anugerah Warna 1993 (Kategori Sofbol), Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Kedah

3. Pendidikan Tertiari @ UUM, UPM dan UM

· Sedang menyiapkan tesis Ijazah Kedoktoran Falsafah (PhD) dalam bidang media & politik di
Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

· Master of Science in Communication Technology, Universiti Putra Malaysia, Serdang.

· Bachelor of Information Technoogy with Honours, Universiti Utara Malaysia, Sintok.

· Sijil Matrikulasi UUM, Pusat Matrikulasi UUM, Sintok.


LATAR BELAKANG KERJAYA

AKADEMIK


  1. Memulakan kerjaya sebagai Tutor DA41 di usia yang muda dan menunjukkan prestasi yang cemerlang di mana dalam tempoh 10 tahun kini menjawat jawatan sebagai Pensyarah Kanan (DS52).
  2. Atas kepakaran beliau dalam bidang kajian media dan politik, beliau telah dilantik sebagai Felo Penyelidik di Northern Corridor Research Centre (NCRC), UUM dan Kedah Sustainable Development Centre (KSC), UUM

PENTADBIRAN


  1. Di samping menjadi ahli akademik, bakat kepimpinan terserlah dengan diberi kepercayaan menjawat pelbagai jawatan pentadbiran. Bermula sebagai Felo Residen, Timbalan Pengetua Kolej Kediaman, Penyelaras Kokurikulum, Timbalan Pengarah, kini dilantik sebagai Pengarah Pusat Kokurikulum UUM.
  2. Sebagai Pengarah salah sebuah Pusat Tanggungjawab (PTJ) di UUM, dilantik menjadi Ahli Majlis Senat Universiti serta Ahli Majlis Kualiti Universiti.

ANUGERAH


  1. Bintang Perkhidmatan Cemerlang Kedah (BCK), sempena Hari Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Kedah ke 84, 2012
  2. Sijil Perkhidmatan Cemerlang 2011, Universiti Utara Malaysia
  3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2004, Universiti Utara Malaysia
KEAHLIAN DAN SUMBANGAN

BADAN PROFESIONAL

  1. Ahli, International Association for Media and Communication Research (IAMCR)
  2. Ahli, Majlis Kokurikulum Universiti-Universiti Malaysia (UniCC)
  3. Ahli, Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (MADUM)
BADAN UNIFORM

  1. Timbalan Komandan, Kor Suksis Polis, UUM
  2. Pesuruhjaya, Kumpulan Kelana Siswa Malaysia (KLKM) Daerah UUM
PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO)

Bergiat aktif dalam pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sejak di universiti sehingga kini, menjawat pelbagai jawatan dalam usia muda dan berikut merupakan jawatan yang terkini:

  1. Pengerusi, Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Negeri Kedah (kini)
  2. Pengerusi, Pertubuhan Komuniti Belia Sungai Petani (KOMBEST) (kini)
  3. Setiausaha, Biro Pengajian Tinggi, Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Negeri Kedah (kini)
  4. Setiausaha, Persatuan Alumni Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (ALUMNI SMSAH) (kini)
  5. Exco, Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Kebangsaan (kini)
  6. Orang Berpengaruh Penting (OBP), Daerah Kuala Muda, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Muda (kini)
  7. Penasihat, Kelab Siswa MAYC UUM
  8. Penashat, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Cawangan Khas UUM
  9. Penasihat, Kelab 1Malaysia Chapter Anak-Anak Kedah

SUMBANGAN ILMIAH DAN PENERBITAN

PENERBITAN

1. Telah menerbitkan beberapa buah buku bersama-sama rakan ahli akademik di UUM. Salah satunya daripada bukunya yang berjudul “Social Media Usage among University Students in Malaysia in Social Media and the New Academic Environment: Pedagogical Challenges” telah diterbitkan oleh penerbit antarabangsa, IGI Global di Amerika Syarikat.

2. Selain itu, beliau turut menyumbang idea-idea dalam bentuk makalah-makalah yang dibentangkan dalam seminar-seminar antarabangsa dan juga jurnal-jurnal akademik tempatan.

3. Sebagai Ahli Majlis Kokurikulum Universiti-Universiti Malaysia (UniCC), beliau terlibat secara langsung dalam menggubal silibus untuk jurulatih kokurikulum universiti-universiti awam dan sebagai penulis modul kejurulatihan kokurikulum berkredit IPT.

PENYELIDIKAN

Sebagai ahli akademik, beliau terlibat dalam pelbagai tujahan kajian berimpak tinggi yang banyak memberi sumbangan dan manfaat kepada komuniti serta pembinaan polisi oleh pihak kerajaan. Antaranya ialah

  1. Pengaruh Media Sosial ke atas Generasi Muda: Suatu Analisis Pilihanraya Umum ke 13 di Kedah.
  2. Kajian penilaian Keberkesanan Modul Pembangunan Keluarga Institusi Pengajian Tinggi (MOPKKIPT) Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Terhadap Kursus Kokurikulum di Universiti Utara Malaysia.
  3. Peranan Media Terhadap Partisipasi Politik Pengundi Muda Di Negeri Kedah.
  4. Kajian Sosio Politik Kepimpinan Semenanjung Fasa 1.
  5. Kajian Sosio Politik Kepimpinan Semenanjung Fasa 2.
  6. Kajian Sosialisasi Politik Di Negeri Perak
  7. Perbandingan Pola Pengundi Melayu Dan Bukan Melayu Di Negeri Sembilan.
  8. Ekuiti Dan Prestasi Jenama Barisan Nasional Di Negeri Johor.
  9. Kajian Transformasi Kepimpinan Masyarakat Kedah.
  10. Kajian Transformasi Rakyat Kedah.
  11. Kajian Sikap Pengundi Cina Parlimen Pagoh.
  12. Implications of Social Media on End User Personality.
  13. Keberkesanan Modul Terbitan LPPKN Terhadap Pelajar Kursus Kokurikulum di UUM: Kajian Kes Modul Permata Kasih dan Modul Eksplorasi Remaja.
  14. Kajian Sikap Pengundi Kedah.
  15. Kajian Persepsi Pelbagai Etnik Di Semenanjung Malaysia Serta Sabah Dan Sarawak Terhadap Kolej Komuniti.
  16. Kajian Transformasi Kepimpinan Masyarakat Selangor (Kajian Kes Parlimen Pandan).
  17. Kajian Sosio Politik Malaysia Fasa 1.
  18. Pengetahuan, kefahaman, reaksi dan penerimaan rakyat Malaysia terhadap Islam Hadhari.
  19. Penerimaan Masyarakat Terhadap E-Public Services.
  20. Kelakuan Mengundi Mahasiswa IPTA Dalam Pilihanraya Kampus 2005 : Kajian Di Universiti dan Kolej Universiti Awam Malaysia.
  21. Ketagihan Internet di Tempat Kerja.
  22. Remaja Dan Penggunaan SMS.
  23. Sikap dan Penerimaan Mahasiswa Terhadap Telefon Selular.
  24. Pengaruh dan Kesan Aktiviti Seks Siber Di Kalangan Pengguna Internet di Malaysia.

7 juta isi rumah, individu bujang dapat BR1M 2.0


SUNGAI PETANI 23 Jan. - Sebanyak tujuh juta isi rumah dan individu bujang bakal memperoleh bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0, mulai 1 Februari ini.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, bagi tujuan itu, sebanyak RM3 bilion diperuntukkan untuk membolehkan pembayaran dibuat melalui Pejabat Daerah dan Pejabat Pegawai Pembangunan Zon di seluruh negara.
"Tahun lalu kita sudah mengagihkan BR1M kepada 4.1 juta isi rumah dan mereka masih layak untuk diberikan BR1M 2.0. Jumlah ini akan dicampur dengan pemohon baru yang terdiri daripada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah dan juga orang bujang.
"Jadi kita jangkakan seramai tujuh juta orang akan dapat manfaat BR1M 2.0,'' katanya selepas merasmikan Menara Hasil Sungai Petani di Bandar Amanjaya, di sini hari ini. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130123/dn_25/7-juta-isi-rumah-individu-bujang-dapat-BR1M-2.0#ixzz2QcXCTWXa
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lebuh raya sungai di Kedah


SUNGAI PETANI 31 Okt. - Rakyat negeri ini khususnya kalangan petani dijangka meraih satu lagi manfaat daripada Kerajaan Persekutuan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluluskan projek 'lebuh raya sungai' dari Empangan Pedu sehingga ke daerah Kuala Muda.
Menurut Perdana Menteri, projek lebuh raya berkenaan yang diharap dapat dilaksanakan segera bertujuan meluruskan sungai yang kini dalam keadaan bengkang-bengkok dan sering menimbulkan masalah banjir kepada pesawah setiap tahun.
Selain itu, katanya, projek tersebut juga bertujuan memudahkan air disalurkan ke kawasan tanaman padi yang kini mempunyai keluasan kira-kira 38,000 hektar di kawasan Kedah tengah.
Menurutnya, kerajaan sentiasa mengambil kira kepentingan rakyat setiap golongan termasuk petani yang telah banyak menyumbangkan jasa kepada negara.
"Saya selaku Perdana Menteri memberi jaminan bahawa kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk golongan ini," katanya ketika berucap dalam majlis Himpunan Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat negeri di Pantai Merdeka di sini hari ini.
Lebih 15,000 peladang, penternak dan nelayan seluruh negeri Kedah menghadiri program yang dianjurkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani itu.
Dengan terlaksananya projek yang pernah dicadangkan oleh LPP itu, lebih 3,000 keluarga petani dijangka meraih manfaat melalui peningkatan pengeluaran hasil padi sedia ada daripada 2.8 metrik tan sehektar kepada 10 metrik tan sehektar.
Perdana Menteri berkata, kerajaan sentiasa melahirkan penghargaan kepada golongan petani dan nelayan atas jasa besar mereka kepada negara.
Menurutnya, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, beliau sentiasa merasai denyut nadi rakyat dan memahami aspirasi setiap golongan termasuk petani.
Perdana Menteri berkata, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mendapat peruntukan besar iaitu lebih RM5.8 bilion dalam Bajet 2013 dengan RM2.4 bilion disediakan untuk subsidi padi, insentif petani dan nelayan.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau menyelar sikap pembangkang yang cuba menghasut para petani agar tidak menghargai sumbangan yang diberikan kerajaan.
"Apabila kita buat perkara seperti ini (bantu petani), ada pula puak tertentu yang saya tidak tahu mahu panggil apa puak ini. Tetapi ada puak yang menular, menjalar dan merayau di akar umbi, di celah pokok yang membawa khabar bahawa kalau kerajaan beri, kita ambil," katanya.
Beliau berkata, sikap sedemikian sebenarnya membelakangi prinsip-prinsip agama kerana mengajak rakyat supaya tidak berterima kasih dan tidak menghargai pengorbanan pemimpin.
"Sebenarnya sikap sebegini membawa maksud orang munafik. Namun begitu, kita sebagai kerajaan tidak pernah mengkhianati amanah yang diberikan rakyat apatah lagi berbohong. Sebab itulah, kita sentiasa menepati dan menunaikan janji," katanya.
Katanya, rakyat juga perlu menilai pemimpin pembangkang yang hanya berjanji kosong tetapi tidak melaksanakan perkara yang baik untuk negara.
"Mereka kata mahu menghapuskan tol dan menaikkan gaji, tetapi ini akan menyebabkan ekonomi merudum. Apabila perkara itu berlaku, sudah tentu petani dan nelayan tidak akan dapat subsidi lagi kerana hasil kerajaan telah merudum
"Saya nyatakan perkara ini sebab saya Menteri Kewangan. Mengendali kerajaan bukan suatu yang mudah atau suka hati dan sebut bagi menyedapkan halwa telinga pengundi seperti janji itu ini dan hutang dihapus," katanya.
Terdahulu Najib disambut oleh kira-kira 2,000 penduduk di Tanjung Dawai, Merbok dekat sini.
Sebaik sahaja tiba, beliau mengadakan walkabout bagi mendekati penduduk sekitar pekan Tanjung Dawai sebelum berlepas ke Pantai Merdeka dengan diiringi 40 bot nelayan.

GPMS Sungai Petani anjur program belia


SUNGAI PETANI 26 Mac - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Sungai Petani akan melancarkan pelbagai aktiviti sepanjang tahun ini melalui Program Pemimpin Turun Padang Parlimen Sungai Petani bagi merapatkan hubungan baik dengan ahli belia dan penuntut universiti tempatan.
Pengerusinya, Khairul Anuar Ahmad berkata, program pertama berlangsung di Kampung Permatang Batu, Simpor dekat sini baru-baru ini melalui acara pertandingan memancing ikan di Tapak Projek Ternakan Ikan milik syarikat Juara Muara Enterprise.
"Sambutan penduduk tempatan termasuk belia dan pelajar universiti bagi menyertai pertandingan itu amat menggalakkan," katanya.
Menurutnya, program itu mendapat kerjasama Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Sungai Petani dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Komoi dan Simpor Tikam Batu.
"Ahli GPMS mendapat layanan baik daripada masyarakat tempatan apabila berada di kampung itu dan usaha-usaha sebegini akan diteruskan," katanya.
Khairul Anuar berkata, sempena program itu, pihak GPMS mengedar 100 borang keahlian kepada kalangan belia dan pelajar universiti yang berada di sekitar Sungai Petani.
Pengerusi Gerakan Belia 4B Kampung Komoi, Azhar Ahmad berkata, langkah diambil oleh GPMS untuk mengadakan aktivitinya di kampung ini begitu baik sekali.
"Mereka tampil memberi pelbagai maklumat kepada penduduk di kawasan ini dan kerja sukarela itu perlu diteruskan," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Utara/20130327/wu_04/GPMS-Sungai-Petani-anjur-program-belia#ixzz2QcWImevP
© Utusan Melayu (M) Bhd 

60 pelajar UUM sertai Seminar Pengukuhan Gagasan 1Malaysia


SUNGAI PETANI 26 Mac - Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Kedah telah melancarkan Skuad Sukarelawan Gagasan 1Malaysia di Kelab Cinta Sayang di sini baru-baru ini.
Turut berlangsung pada majlis sama, Seminar Pengukuhan Gagasan 1Malaysia anjuran MAYC yang disertai 60 pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok.
Pengerusi MAYC Kedah, Shamsul Anuar Ismail berkata, pihaknya mahu memastikan semua daerah di Kedah mempunyai Skuad Sukarelawan dan semua pihak perlu komited terus memberi khidmat bakti kepada masyarakat.
"Golongan belia dan pelajar universiti perlu diberi maklumat mengenai isu-isu semasa," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran itu.
Sementara itu, Pegawai Kemajuan Negeri Kedah, Datuk Azmi Lateh ketika berucap dalam majlis penutup seminar tersebut berkata, penyertaan pelajar universiti sebagai skuad sukarelawan begitu bermakna sekali.
"Melalui minat yang ada dalam skuad sukarelawan seumpama ini, peserta dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang timbul di tempat masing-masing termasuk dalam kejadian ribut atau banjir," katanya yang juga Pengerusi Majlis Perundingan Belia Negeri Kedah.
Pada majlis itu, beliau menyumbang sebanyak RM5,000 kepada MAYC Kedah bagi menjalankan pelbagai aktivitinya.
Sementara itu, Pengerusi MAYC Kampus UUM Sintok, Alif Mohd. Rozi berkata, sehingga kini terdapat seramai 200 penuntut UUM yang telah menjadi ahli MAYC dengan 130 daripadanya adalah penuntut wanita.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Utara/20130327/wu_05/60-pelajar-UUM-sertai-Seminar-Pengukuhan-Gagasan-1Malaysia#ixzz2QcVLhmmM
© Utusan Melayu (M) Bhd 

GPMS UUM LANCAR MODUL PEMBANGUNAN PELAJAR DAN TABUNG GPMS ‘GAZA AKU DATANG’

Sintok : Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ( GPMS) Cawangan Khas Universiti Utara

Malaysia telah menganjurkan Majlis Malam Gala GPMS pada 30 November lalu. Majlis ini 

adalah simbolik kepada Pelancaran Modul Pembangunan Pelajar GPMS UUM dan Tabung 

GPMS ‘Gaza Aku Datang’.

Majlis yang diadakan ini bertujuan untuk melancarkan modul pembangunan pelajar yang akan 


digunakan bagi membantu para pelajar mengasah kemahiran insaniah mereka. Pada majlis 

yang sama, Tabung GPMS ‘Gaza Aku Datang’ turut dilancarkan bagi mengumpul sebanyak 

mungkin dana kewangan untuk disalurkan kepada rakyat Palestin. Sebagai badan bukan 

kerajaan (NGO), inisiatif ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial bagi mengubah 

nasib masyarakat seiring dengan peranan NGO sebagai agen perubahan.

Majlis yang berlangsung di Panggung Teater Eksperimen, Universiti Utara Malaysia ini telah 

dihadiri seramai 200 orang ahli GPMS UUM termasuk para jemputan. Pelancaran modul 

pembangunan pelajar telah disempurnakan oleh Penasihat GPMS UUM, Syamsul Anuar Bin

Che Mey@Ismail. Manakala, pelancaran Tabung GPMS ‘Gaza Aku Datang” telah 

disempurnakan oleh Pengerusi GPMS Kedah, Shamsul Bahar Abd Rani. 

Majlis yang bertemakan ‘Takkan Melayu hilang di dunia’ ini turut diserikan dengan 

persembahan kebudayaan tradisional Melayu oleh ahli GPMS UUM sendiri. Menurut Shamsul 

Bahar Abd Rani, ‘majlis seperti ini wajar dilakukan oleh setiap NGO bagi meraikan ahli dan 

membantu orang lain yang tidak bernasib baik seperti di Palestin’.




Pusat Kokurikulum UUM